Tuesday 26 May 2015

Jalan - jalan naik public transport part 2 (UKM)

ASSALAM....

Entry lepas cakap tentang nk pegy metro kajang and metro point naik bas kan. Kalau sape yang tak baca lagi boleh baca kat SINI . So kali ni nak cakap tentang pergi tempat lain pulak iaitu Econsave. Ada yang tawu ECONSAVE, ada juga yang tak tahu kan??? Econsave ni tempat kite nak beli barang macam AEON, TESCO, COWBOY sume tu. Kalau nak beli stok maggie ke, stok mknn mcm biskut, air kotak, buah, roti dan juga brang2 lain, bole la datang sini. Okey ini cerita macam mana nak pegi naik public transport. Yang ni pun naik bas rapid jugak TAPI kali ni korang kena tengok sebelah kiri. korang akan nampak PETRONAS kat sebelah kiri. lepas Petronas tu ada traffic light. Lepas je dr trafik light tu, make sure terus tekan loceng taw. Kalau takut sangat terlepas, masa naik bas dari dalam UKM tu terus cakap kat driver tu, "Saya nak pegi Econsave, tapi sy xtaw kat mane. Boleh tak berenti kt Econsave nnti." hahahaha... MALU la tuuuu.. tak payah maallluuuu.. Pernah je buat.. Daripada malu baek cakap je terus... Lepas turun bas tu korang jalan la masuk ke dalam kawasan tu. Econsave tu besar. Ada kat belakang sekali. 
Haaa.. Tu cerita pergi. Nak balek mcam mana pulak kan.. Nak balek nnti korang tunggu la tempat korang turun tadi. Jangan lupa tahan bas tu. Nanti x berenti pulak bas tu. Area Econsave tu nama dia Jalan Reko. Kar situ ada kedai makan best. Nama die Asam Pedas rase nye. Kalau pergi situ, korang try la makan Burger Bakar die. Beessstttt!!!!  Kalau nak makan BurgerByte Zizan tu ade jugak kat Bangi. Tapi bukan kt Reko la.. BurgerByte ada kat area Petronas yg kt Bangi Gateway.


Abes cerita nak pegi ke Kajang. Saya nak cerita cara nak pergi ke Serdang. Serdang ni tempat femes budak2 UPM la. Sebab dekat dengan  UPM. Nama mall kat serdang ni THE MINES. First time pergi sini memang sesat la sikit. Biase nye yang pegi sini pun sebab nak tengok wayang. Nak pergi sini dr UKM mula2 kena naik bas zon 6 pergi ktm. Naik ktm untuk pergi ke Serdang. Keluar dr stesen Serdang tu korang nampak jejantas untuk ke seberang sana, so korang lalu la ikut jejantas tu. And korang akan nampak Kedai Mamak Maulana. Kat situ korangg belok kanan. Make sure korang jumpa bangunan ni : 



Bila dah nampak kondo yg macam atas ni, korang pergi menghala ke kiri kondo ni. Akan ada satu laluan untuk pergi ke belakang kondo ni. AND belakang tu ada terowong dan jambatan macam  bawah ni yg terus menghubungkan ke THE MINES.



Tak fahamm?? Alaaaaa.. Try je la pegi duluu.. Sesat sikit2 tu biase laaa.. Saya dulu pergi takde pun orang tunjukkan jalan. Cari sendiri jer.. 

Okey la, next entry ke mid valley pulak..

Jalan - jalan naik public transport PART 1 (UKM)

Assalamua'laikum.

Ini merupakan coretan pertama saya dalam blog ni. Actually, saya ni pelajar UKM, Bangi. Asal pulak dari Pahang. So memang tak tahu sangat la tentang KL or Bangi ni. Kalau nak tau pape pun memang akan tanye Mr. Google and baca2 entry kat blog.

Untuk freshie yg baru masuk UKM, dengar kate, korang masuk UKM skrg kena interview dlu ey? So sapa yg dapat masuk UKM tu kira hebat la kan. Apa-apa pun, TAHNIAH!!!!!

Macam saya ni dulu, masa masuk UKM memang xde transport. So nak ke mana2 naik je bas, KTM, LRT. So dalam entry ni saya akan bagitahu la sikit2 macam mana nak pergi JENJALAN naik PUBLIC TRANSPORT.

First, yang paling dekat adalah BANGI GATEWAY MALL. Mall ni baru je bukak tahun 2015 macam tu. Disebabkan itu, tiada bas rapid yang lalu kat depan mall ni. Kalau nak pergi sini boleh naik Bas Mini (tp tak digalakkan sangat kalau naik bas ni sorang dua je sebab yg naik bas ni besenye 'foreigner'). Kalau ada kereta boleh la nak pergi. Kalau nak taw ada ape kt sini, korang tengok je kat SINI . Kalau mcam nak makan mknn Jepun pun ada. Karaoke setakat ni xde lagi. Wayang n bowling pun xde lagi.

Kedua, Metro Kajang dan juga Metro Point. Kalau nak pergi sini ada dua cara (public transport). pertama, korang boleh naik bas rapid. Bas rapid ni akan masuk dalam UKM. Tunggu je kat bustop tu, mesti ada nye. Besenya bas rapid akan masuk setengah jam atau satu jam sekali. Lambat atau cepat bergantung kepada traffik la. Masuk je bas rapid tu, bayar RM1 dan cakap nak pergi Metro Kajang/Kajang. Perjalanan nak ke sana boleh dikatakan 40 minit. Tak jauh pun sebenarnya. Tapi biase laaaaaa.. Naik bas kannnn.. Tak boleh bawa laju. Pastu asyik berhenti je. Kalau nak turun kene tekan loceng. Macam mana nak tawu da sampai ke belum? Haa.. Macam ni.. Dalam perjalanan tu, korang pandang sebelah kanan, kalau nampak masjid lepas tu nampak petronas kat sebelah kanan tu makna nya dah dekat sangat dah tu. Lepas tu akan lalu kat atas bukit n korang akan nampak Metro Kajang sebelah kanan tu. Masa tu korang terus je tekan loceng, ok? Lepas turun bas tu kena seberang jalan la sikit. Hati2 nak lintas tu. KENAPA?? Nanti korang tawu laaa.. hehe.. Dlam Metro Kajang tu ada wayang. Tapi biasanya banyak cerita India. kalau nak makan, ada food court kat aaatas sekali. dalam tu guardian, atm, kedai2 baju. Kalau nak main bowling and berkaraoke, kena pergi Metro Point.

Metro Point(MP) ni ada dekat area situ jugak. Keluar dari Metro Kajang(MK) tu, korang berjalan ke sebelah kanan. Jalan sampai jumpa McD sebelah kiri dan Texas Chicken sebelah kanan. Then, korang lintas jalan menghala ke pasar. Belakang pasar tu ada Metro Point. Depan Metro Point tu ada Mydin. So boleh la nak beli barang2 murah kat situ. Kalau nak cari secret recipe ada kat dalam MP tu.

haaaaa. tu baru satu cara.. Satu lg cara, naik bas nadi putra zon 6 yang memang wajib masuk UKM tu, zon 6 tu mmg untuk gi ktm. Sampai je KTM UKM, korang jalan kaki la sikit untuk sampai betul2 kat tmpt ktm tu beratur la kat kaunter tiket tu, cakap nak pergi Kajang. Kalau sapa ada tiket Touch n Go, xpayah la beli tiket. Scan je. Lepas tu korang tunggu la KTM untuk ke Kajang di plaform yg betul. Sampai je kat KTM Kajang, korang keluar dri stesen ktm tu n korang nmpk ad teksi2 kt situ. Then korang naik la teksi.. Bagitawu je nak gi MK atau MP.. bayar dalam RM6 atau RM8 satu kereta.

Okey la.. kita sambung lagi next entry ke Econsave dan The Mines .