Tuesday 26 May 2015

Jalan - jalan naik public transport part 2 (UKM)

ASSALAM....

Entry lepas cakap tentang nk pegy metro kajang and metro point naik bas kan. Kalau sape yang tak baca lagi boleh baca kat SINI . So kali ni nak cakap tentang pergi tempat lain pulak iaitu Econsave. Ada yang tawu ECONSAVE, ada juga yang tak tahu kan??? Econsave ni tempat kite nak beli barang macam AEON, TESCO, COWBOY sume tu. Kalau nak beli stok maggie ke, stok mknn mcm biskut, air kotak, buah, roti dan juga brang2 lain, bole la datang sini. Okey ini cerita macam mana nak pegi naik public transport. Yang ni pun naik bas rapid jugak TAPI kali ni korang kena tengok sebelah kiri. korang akan nampak PETRONAS kat sebelah kiri. lepas Petronas tu ada traffic light. Lepas je dr trafik light tu, make sure terus tekan loceng taw. Kalau takut sangat terlepas, masa naik bas dari dalam UKM tu terus cakap kat driver tu, "Saya nak pegi Econsave, tapi sy xtaw kat mane. Boleh tak berenti kt Econsave nnti." hahahaha... MALU la tuuuu.. tak payah maallluuuu.. Pernah je buat.. Daripada malu baek cakap je terus... Lepas turun bas tu korang jalan la masuk ke dalam kawasan tu. Econsave tu besar. Ada kat belakang sekali. 
Haaa.. Tu cerita pergi. Nak balek mcam mana pulak kan.. Nak balek nnti korang tunggu la tempat korang turun tadi. Jangan lupa tahan bas tu. Nanti x berenti pulak bas tu. Area Econsave tu nama dia Jalan Reko. Kar situ ada kedai makan best. Nama die Asam Pedas rase nye. Kalau pergi situ, korang try la makan Burger Bakar die. Beessstttt!!!!  Kalau nak makan BurgerByte Zizan tu ade jugak kat Bangi. Tapi bukan kt Reko la.. BurgerByte ada kat area Petronas yg kt Bangi Gateway.


Abes cerita nak pegi ke Kajang. Saya nak cerita cara nak pergi ke Serdang. Serdang ni tempat femes budak2 UPM la. Sebab dekat dengan  UPM. Nama mall kat serdang ni THE MINES. First time pergi sini memang sesat la sikit. Biase nye yang pegi sini pun sebab nak tengok wayang. Nak pergi sini dr UKM mula2 kena naik bas zon 6 pergi ktm. Naik ktm untuk pergi ke Serdang. Keluar dr stesen Serdang tu korang nampak jejantas untuk ke seberang sana, so korang lalu la ikut jejantas tu. And korang akan nampak Kedai Mamak Maulana. Kat situ korangg belok kanan. Make sure korang jumpa bangunan ni : 



Bila dah nampak kondo yg macam atas ni, korang pergi menghala ke kiri kondo ni. Akan ada satu laluan untuk pergi ke belakang kondo ni. AND belakang tu ada terowong dan jambatan macam  bawah ni yg terus menghubungkan ke THE MINES.



Tak fahamm?? Alaaaaa.. Try je la pegi duluu.. Sesat sikit2 tu biase laaa.. Saya dulu pergi takde pun orang tunjukkan jalan. Cari sendiri jer.. 

Okey la, next entry ke mid valley pulak..

2 comments: